Cerita PICK Remaja & Murid Tak Divaksin

cerita pick remaja & murid tak divaksin

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja baru je bermula. Tapi kan, baru beberapa hari je dah lebih 500,000 pelajar mendapat suntikan dos pertama. Syabas!

Oh ya! Mak abah janganlah risau sampai nak serbu PPV nak dapatkan suntikan untuk anak. Sebabnya KKM cakap bekalan vaksin cukup je untuk 3.2 juta pelajar. Ha banyak tu jadi bawak bertenang.

PICK Remaja ni dilakukan menerusi 3 kaedah. MySejahtera boleh, vaksinasi berjadual pun ada, manakala ‘walk-in’ untuk remaja tidak bersekolah.

Sementara itu, KPM takkan halang murid yang tak ambil vaksin COVID-19 datang ke sekolah bila sesi persekolahan secara bersemuka dilaksanakan nanti. Menurutnya, setiap murid berhak dapat pendidikan dan pihaknya takkan hukum mereka. Sebaliknya kementerian akan berusaha bagi kaunseling kat ibu bapa murid yang terlibat. Betullah tu. Yang buat keputusan nak izin atau tak izin mak ayah kan? Lagipun KPM jangka angkanya cuma sebilangan kecil je.

Selamat ber-vaksin remaja semua. Selesai 2 dos vaksin hati pun senang nak ke sekolah jumpa cikgu, kawan baik & makcik kantin.
 

 

Oleh: KJ

Sumber & foto: AWANI, Sinar Harian, BERNAMA & internet