Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia mengingatkan orang ramai untuk segera memperbaharui lesen memandu yang telah tamat tarikh luput sebelum 30 Jun 2022 ini.
![cepat renew lesen memandu anda, jika tidak kena ambil semula ujian!](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/017c221cb2564c09b896ace5582dbeae_1200.jpg)
Menurut satu kenyataan media JPJ, transaksi pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LLM) bermula 13 Jan 2021, perlu dibuat sebelum 30 Jun 2022.
.
Jika gagal memperharui lesen sebelum tarikh tersebut, pemegang lesen yang tamat tarikh luput perlu menduduki semula semua Ujian Memandu, sebagaimana permohonan baharu lesen memandu.
.
Arahan diatas adalah termaktub di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kedah Kenderaan Motor (Lesen Memandu) 1992.
.
Berikut pula adalah jenis LMM yang terlibat:
![cepat renew lesen memandu anda, jika tidak kena ambil semula ujian!](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/llm.jpg)
Arahan ini adalah dikhususkan kepada mana-mana pemegang lesen yang diberikan Pelanjutan Tarikh Tamat Tempoh (Keesahan) LLM iaitu Lesen Belajar Memandu (LDL), Lesen Memandu Percubaan (PDL), Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan Lesen Vokasional (PSV/GDL) melalui pengecualian dibawah Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Lesen Memandu) 1992.
.
Ekoran itu, pengguna dinasihatkan untuk mempebaharui kedua-dua lesen memandu dan kenderaan untuk mengelakkan sebarang tindakan undang-undang diambil. Semak FAQ berkenaan tarikh tamat tempoh lesen memandu disini:
![cepat renew lesen memandu anda, jika tidak kena ambil semula ujian!](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/faq.jpg)
Sumber: JPJ