Ini Cara Semak Kadar Vaksin COVID-19 Sekolah Di Malaysia

Setakat 11 Oktober 2021, kadar vaksinasi bagi kumpulan dewasa di Malaysia sudah pun mencapai 90.4% melibatkan 21,154,357 individu.

ini cara semak kadar vaksin covid-19 sekolah di malaysia

Itu adalah jumlah bagi golongan dewasa. Bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, peratus yang lengkap divaksin setakat tarikh tersebut adalah 9.0%, melibatkan 283,023 indvidu. Ibu dan bapa sudah pasti risau berkenaan keselamatan anak-anak dan ingin mengetahui kadar vaksin sekolah anak-anak sebelum menghantar mereka kembali ke sekolah.

 

Kini kerajaan melalui portal CovidNow telah menyediakan satu laman khas bagi memudahkan semakan kadar vaksinasi di sesuatu sekolah dilakukan.

 

Pengguna hanya perlu ke laman CovidNow School, dan memilih negeri serta menaip nama sekolah. Laman berkenaan seterusnya akan menunjukkan data semasa berkaitan kadar vaksinasi pelajar dan juga pekerja lain di sekolah berkenaan.

ini cara semak kadar vaksin covid-19 sekolah di malaysia

Carian boleh dibuat dengan memilih negeri dan memasukkan nama sekolah yang ingin disemak.

ini cara semak kadar vaksin covid-19 sekolah di malaysia

Bagaimanapun buat masa ini, data yang ditunjukkan adalah melibatkan pelajar yang lahir pada tahun 2009 dan sebelumnya.

 

Sumber: CovidNow School

 

ARTIKEL BERKAITAN