Mira Filzah dan Suami Kongsi Cara Pilih Nama Anak Yang Baik

Pelakon dan pengacara, Mira Filzah kini sudah bergelar isteri dan juga ibu kepada seorang cahaya mata.

mira filzah dan suami kongsi cara pilih nama anak yang baik

Menerusi satu perkongsian di Instagram suaminya, Wan Emir Astar, beliau telah berkongsikan cara yang dilakukan beliau dan isteri bagi mendapatkan nama untuk anak pertama mereka itu iaitu Wan Khair Amir yang kini berusia tiga bulan.

 

Menurut beliau, mereka sama-sama sepakat mencari nama yang baik menerusi satu aplikasi.

 

“Mencari nama putera kami @wankhairamir di dalam Al-Quran, melalui fitur Tarteel e-Quran app dengan kaedah ‘pencarian perkataan/ayat’.

“Alhamdulillah, nama Khair terkandung dalam banyak surah,” kongsi Wan Emir melalui kapsyennya di Instagram.

 

Dalam hantaran sama, beliau turut berkongsi cara untuk mencari nama terbaik agar lebih difahami oleh pengikut mereka berdua di Instagram.

 

 

Kongsi beliau lagi, beliau berdoa agar nama pilihannya dan Mira akan dapat membawa anaknya itu ke jalan yang diredhai Allah dan sentiasa menjadi insan yang baik dalam segala urusan.

 

“Malah, junjungan mulia Rasulullah SAW juga menitik beratkan pemberian nama yang elok/baik buat semua orang: “Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu.” (Hadits riwayat Abu Daud dan Ahmad)

“May you live up to your name, my son. Make your mama @mfmirafilzah proud, especially!,” tulisnya berkongsi.

 

Sumber: Pa&Ma