Ini Cara Menang Wang Tunai RM1,000 Dengan Muatnaik Podcast!

Adakah anda mempunyai podcast sendiri? Atau, anda mempunyai suara dan idea kreatif untuk diketengahkan, namun tidak mempunyai platform yang bersesuaian?

 

Bersempena dengan Hari Kebangsaan ini, SYOK mempelawa semua pencipta podcast di Malaysia untuk memuat naik podcast dan berpeluang membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta sebuah trofi dalam peraduan ‘Anugerah Podcast SYOK Edisi Merdeka’.

ini cara menang wang tunai rm1,000 dengan muatnaik podcast!

Anda hanya perlu memuat naik podcast dengan topik berkaitan ‘Apa yang menarik tentang Malaysia’ dalam sama ada bahasa Melayu, Inggeris, Cina atau Tamil, dan podcast tersebut boleh dirakamkan dalam pelbagai format termasuk perbualan, monolog, temu bual dan lain-lain.

 

Berikut adalah cara untuk menyertai kempen ini:

  • Layari laman peraduan ‘Anugerah Podcast SYOK Edisi Merdeka’ di aplikasi atau laman rasmi SYOK.
  • Pilih bahasa untuk podcast yang telah dirakamkan.
  • Lengkapkan borang peraduan dan isi maklumat berkaitan podcast beserta keterangan yang diperlukan.
  • Muat naik rakaman podcast yang berdurasi antara 15 hingga 35 minit dalam format yang dikehendaki, kemudian tekan ‘Hantar’.

 

Podcast yang disenarai pendek akan disediakan di plaform SYOK untuk distrim oleh para pendengar. Podcast yang menerima jumlah pendengar tertinggi dari setiap kategori bahasa berpeluang untuk menang.

 

Senang kan? Tunggu apa lagi, jom muatnaik podcast anda bermula hari ini sehingga tarikh tutup 5 September 2021, mana tahu wang tunai RM1,000 dan trofi peraduan ‘Anugerah Podcast SYOK Edisi Merdeka’ menjadi milik anda?

 

Muat turun aplikasi SYOK dari Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery. Sertai dan menang dalam ‘Anugerah Podcast SYOK Edisi Merdeka’, serta nikmati 26 jenama radio, podcast, video dan banyak lagi di SYOK!