Ini Cara Untuk Kemas Kini Status Risiko Dalam MySejahtera

Aplikasi MySejahtera telah digunakan di seluruh negara Malaysia bertujuan untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

ini cara untuk kemas kini status risiko dalam mysejahtera

Pada masa yang sama, ia digunakan bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

 

Selepas menjalani beberapa fasa penambahbaikan, kini MySejahtera juga memaparkan status risiko jangkitan individu berkenaan melalui penilaian kendiri. Status ini membolehkan kita mengetahui risiko jangkitan kita sama ada rendah atau tinggi.

 

Pemilik MySejahtera perlu mengemaskini status pada aplikasi berkenaan jika:

  • Ada simptom atau
  • Ada sejarah perjalanan keluar negara atau
  • Ada kontak rapat kepada kes positif atau
  • Terlibat dalam perhimpunan ramai atau kluster.

 

Berikut adalah cara mengemaskini status risiko COVID-19 di aplikasi MySejahtera:

  1. Buka aplikasi MySejahtera
  2. Tekan butang Status COVID-19
  3. Tekan butang Mula
  4. Jawab 6 soalan dan tekan butang Hantar
  5. Tekan butang Muat Semula
  6. Selesai Kemaskini

ini cara untuk kemas kini status risiko dalam mysejahtera

ini cara untuk kemas kini status risiko dalam mysejahtera

Sumber: KKM