Cara Claim PERKESO Jika Dijangkiti COVID-19 Di Tempat Kerja

Ketika ini, sudah banyak pejabat dan tempat kerja kembali beroperasi dengan pematuhan kepada norma baharu seperti pemakaian pelitup muka dan juga penjarakan fizikal. Pun begitu, wabak COVID-19 masih lagi wujud dalam masyarakat dan boleh menjangkiti sesiapa sahaja.

cara claim perkeso jika dijangkiti covid-19 di tempat kerja

Mereka yang dijangkiti COVID-19 di pejabat atau tempat kerja, akan diasingkan dan dikuarantin untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain.

 

Tahukah anda, anda boleh membuat tuntutan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sekiranya anda dijangkiti COVID-19 di tempat kerja?

cara claim perkeso jika dijangkiti covid-19 di tempat kerja

Dibawah Skim-Skim Perlindungan PERKESO, terdapat satu faedah yang disebut sebagai Faedah Hilang Upaya Sementara. Faedah ini dibayar kepada pekerja sepanjang tempoh cuti sakit yang disahkan doktor dan mestilah sekurangnya 4 hari termasuk hari kemalangan. Namun ia tidak akan dibayar pada hari di mana pekerja hadir bekerja dan dibayar gaji.

 

Kadar faedah yang dibayar adakah 80% daripada gaji harian purata anggapan pekerja. Kadar minimun pula sebanyak RM30 sehari dan maksimum RM105.33 sehari, menurut laman PERKESO.

 

Cara bagi membuat tuntutan disebabkan jangkitan COVID-19 di tempat kerja adalah dengan memuat turun Borang 34, isikan maklumat yang diminta dan lampirkan keputusan ujian PCR, surat pengesahan kuarantin oleh Pejabat Kesihatan Daerah, salinan kad pengenalan, penyata bank dan slip gaji 6 bulan.

Muat turun Borang 34

Panduan mengisi borang 34

Borang boleh dihantar ke pejabat PERKESO berdekatan, seperti yang tertera dalam laman sesawang rasmi PERKESO.

cara claim perkeso jika dijangkiti covid-19 di tempat kerja

Sumber: Blog Maukerja / Bernama

ARTIKEL BERKAITAN