Salah satu perkara yang amat dinantikan ketika Hari Raya sudah semestinya duit raya. Bukan kanak-kanak sahaja, malah dewasa pun pasti gembira apabila menerima duit raya.
.
Untuk itu, duit raya biasanya diberi dalam sampul yang kemas dan menarik.
.
Menerusi perkongsian Puan Maznabilah Mahamed , berikut adalah cara untuk menghasilkan sampul duit raya sendiri dengan bermodalkan RM5.
![bajet rm5 dapat 120 keping, ini cara buat sendiri sampul duit raya](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/bahan.jpg)
Bahan-bahan yang diperlukan adalah kertas pembalut hadiah, pisau/gunting dan gam.
.
Kertas pembalut hadiah boleh dibeli satu paket terus dengan anggaran harga RM5 untuk 10 keping kertas.
.
Caranya mudah sahaja, pertama sekali lipat kertas pembalut hadiah kepada 4 bahagian dan potong seperti dalam gambar.
![bajet rm5 dapat 120 keping, ini cara buat sendiri sampul duit raya](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/step-1.jpg)
Seterusnya lipat 3 bahagian supaya menjadi 3 keping. Maka satu kertas pembalut hadiah boleh menghasilkan 12 keping sampul raya.
![bajet rm5 dapat 120 keping, ini cara buat sendiri sampul duit raya](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/step-2-1024x511.jpg)
![bajet rm5 dapat 120 keping, ini cara buat sendiri sampul duit raya](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/step-3-1024x511.jpg)
Lipat kemas pada kiri dan kanan. Gam pada bahagian yang dilipat dengan kemas.
![bajet rm5 dapat 120 keping, ini cara buat sendiri sampul duit raya](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/step-4-1024x511.jpg)
Bahagian yang tidak digam boleh dipotong sedikit supaya sampul dapat ditutup.
![bajet rm5 dapat 120 keping, ini cara buat sendiri sampul duit raya](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/step-5-1024x511.jpg)
![bajet rm5 dapat 120 keping, ini cara buat sendiri sampul duit raya](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/step-6.jpg)
Siap!
![bajet rm5 dapat 120 keping, ini cara buat sendiri sampul duit raya](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/dolly.jpg)
Jika satu kertas balut hadiah boleh menghasilkan 12 keping sampul raya, maka 10 keping kertas boleh menghasilkan sebanyak 120 keping sampul raya. Banyak dan jimat tu!
![bajet rm5 dapat 120 keping, ini cara buat sendiri sampul duit raya](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/idea-1.jpg)
Jika mahukan kelainan, boleh beli kertas balut hadiah yang berlainan corak. Selamat mencuba!
.
Sumber: [1]