Caprice Mohon Bantuan Rawat Isteri Terkena Buatan Orang

Rumah tangga penyanyi rap, Caprice menerima ujian berat apabila isterinya, Fara Inalis jatuh sakit, dipercayai akibat perbuatan khianat dan rasa tidak puas hati individu tertentu.

caprice mohon bantuan rawat isteri terkena buatan orang

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Caprice atau sebenarnya Ariz Ramli berkata mereka telah mencuba pelbagai kaedah rawatan termasuk alternatif, namun isterinya itu masih belum menunjukkan tanda pulih.

.

Sebelum ini, saya fikir selepas kahwin tentu ujian akan lagi berkurangan. Di sebalik semua senyuman, filters dan video-video yang dipaparkan sebenarnya, sejak tujuh bulan lalu, saya melalui banyak benda baharu yang kena diuruskan.

caprice mohon bantuan rawat isteri terkena buatan orang

“Kali ini kita cuba bantu isteri pula. Dah beberapa kali ustaz datang berubatkan dia. Selain itu, baru-baru ini, ada pula tiga orang lain yang berani menghubungi dia di telefon di tengah malam dan ganggu.

“Saya cuma nak tahu, kenapa ramai masih tak puas hati dengan isteri saya?” katanya.

.

Menerusi perkongsian video, Caprice dilihat memegang tangan isterinya sambil dipasangkan ayat Al-Quran dan ruqyah sebagai penenang.

.

Beliau turut meluahkan rasa penat dan memerlukan bantuan ramai untuk masalah ini.

.

“Terus-terang, saya sudah sangat penat. Nak hadam bisnes dari pukul 9 pagi hingga 10 malam. Lepas itu, sambung dengan benda bukan-bukan sampai pukul 3 hingga 4 pagi. Saya perlukan bantuan,”

 

 

Terdahulu, beliau telah memberi amaran kepada seorang individu yang bertindak menggangu isterinya menerusi aplikasi WhatsApp dan meminta individu itu meminta maaf secara bersemuka.

 

Sumber: [1], [2]