Isu Pemimpin Bakar Al-Quran, Caprice Gesa Boikot Produk Sweden

Gempar baru-baru ini tindakan seorang pemimpin Sweeden yang menghina agama dan membakar al-Quran telah menarik perhatian penyanyi rap merangkap aktivis kemanusiaan sensasi, Caprice. 

Caprice di media sosialnya telah bertegas dengan pendiriannya untuk menentang keras dengan menyeru orang ramai untuk memboikot produk keluaran negara berkenaan.

Susulan dengan itu, Caprice telah memilih jenama kelengkapan rumah terkenal sebagai tanda protes ke atas negara tersebut kerana tidak mengambil tindakan terhadap tindakan melampau pemimpin Sweden terbabit.

 

“Saya tidak akan lagi menyokong produk keluaran Sweden bermula dengan Ikea sehingga pihak kerajaan Sweden menangkap dan memenjara Rasmus Paludan,” tulisnya di perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram.

Caprice juga turut menggesa orang ramai untuk sama-sama bertindak memboikot produk keluaran Sweden itu. 

“Kasi jadi sekurang-kurangnya selama empat bulan. Tolong sebarkan tentang perkara ini,” tegasnya.

Dalam pada masa yang sama, Caprice juga turut merancang untuk menyerahkan memorandum kepada pihak kedutaan Sweden di Malaysia sebagai tanda protes. 

“Saya akan menyerahkan memorandum kepada pihak kedutaan Sweden, InsyaAllah dalam minggu ini juga,” katanya.

Sumber: Kosmo