Calon SPM, STPM 2021 Diberi Keutamaan Vaksin COVID-19

Calon pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (SPTM) 2021 akan diberikan keutamaan untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

calon spm, stpm 2021 diberi keutamaan vaksin covid-19

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, cadangan itu telah dipersetujui Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) yang dipengerusikan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

 

“Alhamdulillah! Cadangan KPM agar murid kelas peperiksaan diberi keutamaan untuk divaksin telah dipersetujui CITF.

“Ini adalah susulan kelulusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak 12 tahun ke atas di negara ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

 

Terdahulu, Khairy Jamaluddin memaklumkan keutamaan vaksin akan diberikan kepada 350,000 murid dan 47,000 guru yang terbabit dengan kelas peperiksaan itu.

Sumber: Datuk Dr Radzi Jidin