401,105 Pelajar Duduki SPM 2020 Dengan Perisai Tambahan

Seramai 401,105 pelajar di seluruh negara hari ini sudahpun mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dalam norma baharu, susulan daripada pandemik COVID-19.

401,105 pelajar duduki spm 2020 dengan perisai tambahan
 
Selain berbekalkan dengan ilmu dan peralatan menjawab peperiksaan, calon SPM 2020 juga perlu membawa ‘perisai’ tambahan iaitu pelitup muka bertujuan mencegah penularan wabak tersebut.
 
Hari ini, calon SPM akan menduduki kertas Bahasa Melayu 1 dan 2, masing-masing pada jam 8 pagi dan 2 petang.

 
Tambah lagi, sebanyak 3,310 pusat peperiksaan SPM di seluruh negara telah disediakan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan MKN dan KKM, termasuklah proses disinfeksi dewan peperiksaan.

kelas tahunan terpanjang, calon spm 2020 cipta sejarah tersendiri
 
Pelajar juga perlu menyerahkan borang perisytiharan kesihatan yang lengkap setiap hari sebelum memasuki dewan peperiksaan selain mengambil suhu badan dan memakai pelitup muka sepanjang menduduki peperiksaan.

401,105 pelajar duduki spm 2020 dengan perisai tambahan
 
Calon yang didapati positif atau telah diarahkan menjalani kuarantin tidak dibenarkan menduduki peperiksaan pada hari tersebut dan mereka perlu menduduki peperiksaan itu pada tarikh yang dijadualkan semula selepas disahkan sembuh dan sihat oleh doktor.

Terdahulu, calon SPM 2020 telah mencipta sejarah tersendiri apabila terpaksa menduduki kelas SPM tahunan terpanjang iaitu hampir 14 bulan, namun dengan pembelajaran bersemuka paling singkat iaitu hanya empat bulan, gara-gara penularan wabak COVID-19 tahun lalu.
 
 
Sumber: Astro Awani
Foto: HMetro
 
 
ARTIKEL BERKAITAN