Kelas Tahunan Terpanjang, Calon SPM 2020 Cipta Sejarah Tersendiri

Kumpulan pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2020 pada Isnin ini, telah mencipta sejarah mereka yang tersendiri.

kelas tahunan terpanjang, calon spm 2020 cipta sejarah tersendiri
 
Ia adalah kerana mereka telah pun menduduki kelas SPM tahunan terpanjang iaitu hampir 14 bulan, namun dengan pembelajaran bersemuka paling singkat iaitu hanya empat bulan, gara-gara penularan wabak COVID-19 tahun lalu.


 
Seramai 401,105 calon sekolah bakal menduduki SPM bermula Isnin, tanpa mereka berpeluang menguji kemampuan diri dalam pelbagai mata pelajaran menerusi peperiksaan percubaan seperti yang biasa dibuat pada tahun-tahun sebelumnya.


 
Ramai juga yang menggesa agar SPM 2020 ditangguhkan lagi, tetapi ramai juga yang mahu segera menghabiskan peperiksaan ini kerana kebanyakkan calon sudahpun berusia 18 tahun, iaitu setahun lebih tua berbanding kebiasaan.
 
Bagi menghadapi SPM bermula Isnin, persiapan rapi telah pun dilakukan bagi memastikan calon dapat menduduki peperiksaan terbabit dengan selamat dan juga dengan norma baharu.
 

Sumber: Astro Awani 
Foto: Bernama