Semalam, seorang pemanggil telah berkongsi satu kisah sedih dan sayu kepada Pagi Di Sinar.
Tanpa diketahui, pemanggil yang berkongsi kisah sedihnya bersama Angah, Elizad dan Roy Azman ini rupanya adalah Jep.
Perkongsian video di Instagram Sinar menunjukkan gelagat pemanggil itu yang menceritakan kisah mengenai kekurangan duit dan kisah kesusahannya, sehingga membuatkan Siti Elizad percaya dan berasa sedih.
Kisah sedih dan sayu oleh Jep yang menggunakan nama samaran ‘Bentek’ ini sebenarnya sudah dapat dihidu oleh Angah dan Roy Azman, namun Elizad dilihat masih terpinga-pinga dan khusyuk mendengarkan cerita pemanggil ini.
Untuk makluman, Jep dan Rahim pada hari kejadian sedang berada di Pasir Gudang, Johor bagi rancangan Sepahtu Reunion Live 2020 Roadtour.
Jom tonton video ‘caller’ ini dibawah:
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan kisah ‘caller’ ini meskipun ramai yang sudah boleh agak ia adalah kerja nakal Jep.