Cadangan Jalan Pintas Elak Risiko Kemalangan Di Terowong Menora

Laluan sekitar Terowong Menora di Ipoh, Perak sering menjadi igauan ngeri kepada ramai pengguna lebuhraya PLUS susulan daripada beberapa kemalangan maut yang berlaku disini.

cadangan jalan pintas elak risiko kemalangan di terowong menora

Maka bagi mengurangkan risiko kemalangan serta kesesakan di kawasan Terowong Menora, wujud cadangan untuk membina jalan pintas melalui inisiatif pembiayaan swasta (PFI).

.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dengan memaklumkan jalan pintas sepanjang 64 kilometer itu akan bermula dari susur keluar Gopeng melalui Siputeh dan berakhir di Kuala Kangsar.

.

“Kita sedang menunggu syarikat berkenaan, bila dia dah siap dengan ‘funder’, saya ingat dia akan memulakan pembinaan itu.

“Kita harap itu satu daripada kaedah bagaimana kerajaan negeri cuba untuk mengelakkan kemalangan di situ,” katanya.

.

Menurut beliau langkah itu bertujuan mengurangkan kadar kecelakaan jalan raya di sekitar Terowong Menora yang sering berlaku kemalangan maut.

cadangan jalan pintas elak risiko kemalangan di terowong menora

Baru-baru ini, lima penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) rentung dalam nahas yang melibatkan sebuah kereta dan dua treler di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara.

.

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN