Dah Lali Dihina, Bunga Isme Kenang Pengorbanan Ibu Tercinta, “Kini Sepentas Coldplay,”

Penyanyi, Bunga Isme telah mencipta sejarah tersendiri apabila dipilih untuk menjadi artis pembuka tirai konsert Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini.

dah lali dihina, bunga isme kenang pengorbanan ibu tercinta, “kini sepentas coldplay,”

Meskipun ada segelintir pihak yang memperlekehkan penyanyi itu, namun pemilik nama sebenar Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 23, ini berkata, ia adalah satu pencapaian yang amat bermakna buat diri dan keluarganya.

 

“Tak banyak perkara mengenai keluarga yang saya kongsikan kepada umum tapi hari ini, terkecuali.

“Dari kecil lagi, mama tak pernah berhenti memberikan yang terbaik kepada 11 anaknya demi menjadikan kami orang berguna, tahu asal usul, yang tahu siapa nilai diri kami.

“Susah berliku-liku yang kami lalu, hinaan yang dibaling bertubi-tubi, telah pun kami telan dan lali, menjadikan kami lebih kuat, kuat seperti mama.

“Pencapaian apa pun, terima kasih berapa banyak pun, tidak sama nilainya dengan rasa penat yang mama korbankan, demi kami, anak-anak mama,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram.

 

Penyanyi rap itu berkata lagi, usaha insan tersayang yang tak pernah jemu mendaftarkan dirinya menyertai pelbagai pertandingan nyanyian sejak kecil telah membuka laluan untuk dirinya berada di posisi sekarang.

dah lali dihina, bunga isme kenang pengorbanan ibu tercinta, “kini sepentas coldplay,”

“Ketika berusia 12 tahun, bercita-cita nak jadi penyanyi, mama masukkan ke uji bakat Idola Kecil, kami bayar bilik karaoke Alamanda Putrajaya untuk berlatih lagu uji bakat, Muka Buku nyanyian Najwa Latiff tapi tiada rezeki untuk ke peringkat seterusnya.

“Rupa-rupanya, hari itu titik permulaan seorang Bunga yang berjaya merentasi pentas lain seperti U Try Rap Please, 16 Baris, Anugerah Juara Lagu sehingga pentas Coldplay sebagai artis pembuka tirai.

“Ini semua kerana mama. Terima kasih mama. Ayu sayang mama dunia dan akhirat selamanya,” katanya lagi.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Noor Ayu Fatini (@bungaisme)

 

Terdahulu, ada beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan pemilihan Bunga sebagai pembuka acara di konsert Coldplay Music of the Spheres World Tour pada 22 November lalu atas alasan penyanyi itu masih mentah dan baharu.

 

Sumber: Instagram