“Haa Main-Main Lagi Kan Dah Merajuk” Budak Comel Marah Abang ‘Aiskrim Turki’ Sebab Buat Trick

Selalunya kalau kita nampak aiskrim Turki, kita pasti tahu yang mereka akan melakukan trick kepada pelanggan mereka sebagai satu permainan sebelum memberikan aiskrim kepada mereka. Kalau sekali dah kena memang kelakar habis. 

Namun, viral di Tiktok baru baru ini sebuah video yang dirakan oleh seorang ibu, gelagat anak lelakinya yang sangat comel merajuk dengan penjual aiskrim Turki kerana melakukan trick itu kepadanya. 

 

@fatenforevers haih cepatnye anak mommy membesar 🥹 tp comel gile time niee smua org tngk gelagat adek hahaha 🤣 #fyp ♬ original sound - BFFTHEBEAUTYBAR

Telatah comel anak lelakinya itu yang merajuk kerana penjual aiskrim Turki itu tidak mahu memberikannya aiskrim sehinggakan dia berasa marah dan lari ke tempat lain kerana merajuk dengan penjual itu. Rata-rata komen di video ini juga semua terhibur dan geram melihat budak lelaki ini. 

“haa main-main lagi kan dah merajuk” budak comel marah abang ‘aiskrim turki’ sebab buat trick

Sumber: Tiktok @fatenforevers