Spray serbaguna dapat memudahkan kerja-kerja di dapur berbanding menggunakan alat pencuci biasa. Bukan saja memudahkan kerja tetapi ia sangat berkesan menghalau semut dan serangga yang lain. Senang je nak buat spray serbaguna ni, hanya menggunakan campuran air, cuka dan sabun pencuci pinggan.
Sediakan 1 ½ cawan cuka, 7 ½ cawan air dan 6 sudu sabun pencuci pinggan (kalau sabun pekat kurangkan bilangannya). Campurkan kesemua bahan dan masukkan ke dalam botol spray. Kalau nak kurangkan bau masamnya, boleh tambah dengan essential oil atau pun kayu manis.
Spray ini sangat multi-purpose boleh menghilangkan bau hanyir pada barang-barang dapur yang digunakan untuk ayam dan ikan. Hanya spray pada perkakas yang digunakan, dan biarkan selama 5 minit sebelum cuci.
Spray ini juga mampu menanggalkan kesan minyak pada bekas plastik. Perkakas yang digunakan untuk baking’ seperti mixer juga boleh dibersihkan dengan berkesan tanpa perlu rendam dalam air panas dan sebagainya. Semasa rendam kain lap tangan dan span basuh pinggan, boleh spraykan sedikit campuran ini supaya kesan minyak dan kotoran dapat ditanggalkan dengan mudah. Selain itu, boleh digunakan untuk bersihkan blender dan cerek juga.
Banyak kegunaan spray ini, yang pasti ia sangat membantu dalam kerja kerja dapur. Dapat jimat tenaga dan wang. Tak perlu beli mahal mahal lepas ni. DIY je! Selamat mencuba guys!
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: mingguanwanita