‘Buat Ruhainies, Terima Kasih Runtuhkan Masjid Dan Anak-Anak Kehilangan Bapa’ - Bella Astillah

Pelakon Bella Astillah meninggalkan mesej yang mendalam selepas sah bercerai dengan Aliff Aziz. 

“Buat bekas sahabat baik saya, Ruhainies tahniah kerana berjaya meruntuhkan masjid ini dan anak-anak saya kehilangan bapa mereka,” tulisnya. 

Bukan itu sahaja, Bella juga menulis yang dia percaya peluang yang diberikan haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya dan tidak melakukan kesalahan yang sama. 

 

 

“Kesalahan yang dibuat berulang-ulang bukan lah satu kesilapan akan tetapi pilihan.

“Saya selalu mengimpikan rumah tangga yang kekal tetapi bila difikirkan balik, seberapa banyak peluang yang saya berikan tapi pada akhirnya saya tidak mampu melawan takdir,” katanya. 

Dalam pada itu, Bella juga turut menulis dia tidak mahu mencintai sesiapa dengan lebih mendalam selepas ini. 

“Dan buat kali terakhir saya ingin mengucapkan tahniah kepada bekas sahabat saya, Ruhainies kerana berjaya meruntuhkan masjid ini dan anak-anak saya kehilangan bapa mereka.

“Selepas hari ini, saya tidak lagi ingin mencintai seseorang terlalu dalam kerana jika berpisah, lukanya pun pasti terlalu dalam,” tambahnya. 

Sumber: Kosmo