Mulai Hari Ini, Buat Dan Sebar Berita Palsu COVID-19 Boleh Didenda RM100 Ribu!

Awas kepada mana-mana individu yang  mencipta, menerbit atau menyebarkan berita tidak benar tentang COVID-19 atau proklamasi darurat kerana anda boleh berdepan dengan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua sekali, bermula hari ini, 12 Mac.

mulai hari ini, buat dan sebar berita palsu covid-19 boleh didenda rm100 ribu!
 
Ia berikutan kerajaan yang telah mewartakan Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No.2) 2021, menurut Warta Kerajaan Persekutuan yang disiarkan oleh Jabatan Peguam Negara, semalam.
 

Bagi kesalahan yang berterusan, denda tak lebih RM1,000 bagi setiap hari selama kesalahan itu dibuat selepas sabitan akan dikenakan.
 

Takrifan ‘berita tidak benar’ merujuk kepada apa-apa berita, maklumat, data dan laporan keseluruhan atau sebahagiannya palsu yang berhubungan dengan COVID-19 atau proklamasi darurat sama ada dalam bentuk rencana, visual atau rakaman audio atau dalam apa-apa bentuk lain yang boleh menggambarkan perkataan atau idea.

mulai hari ini, buat dan sebar berita palsu covid-19 boleh didenda rm100 ribu!

Tindakan boleh diambil pada mana-mana individu melalui apa-apa cara, dengan niat untuk menyebabkan atau berkemungkinan menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam dengan mengadakan, menawar, menerbitkan, mencetak, mengedar, mengelilingkan atau menyebarkan apa-apa berita atau penerbitan yang tidak benar.
 

Malah, dibawah kesalahan ini juga, pegawai polis atau pegawai yang diberi kuasa boleh menangkap mana-mana orang yang dipercayai dengan munasabah melakukan kesalahan atau cuba melakukan kesalahan dibawah Ordinan itu. Polis atau pegawai diberi kuasa untuk menggeledah atau diberi capaian kepada data komputer termasuk kata laluan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu.
 

Pemakluman ini juga dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu hantaran di Twitter rasmi mereka.
 


 
Sumber: BERNAMA