Lebih RM 2.2 bilion akan disalurkan oleh pihak kerajaan kepada rakyat melalui Bantuan Prihatin Nasional 2.0 fasa kedua. Jadi, korang jangan berlengah lagi.
Kalau korang layak dan memenuhi syarat kelayakan yang tetah ditetapkan, buat permohonan segera. Isi permohonan selewat-lewatnya 15 November ini. Permohonan baharu ini untuk mereka yang bukan penerima BPN sebelum ni.
Dekat mana nak buat permohonan?
Korang kena layari https://bpn.hasil.gov.my/ atau hantar borang manual ke pejabat LHDN berdekatan. Menurut LHDN, pembayaran untuk yang baru memohon dan lulus akan dilakukan pada bulan Januari tahun depan.
Sumber: Astro Radio News