Dakwaan Borang Rentas Negeri Palsu, Ini Respon Polis Shah Alam

Sejak kelmarin, tular foto yang menunjukkan sekeping borang kosong rentas negeri namun terdapat tandatangan yang dikatakan dari Penolong Ketua Polis Balai Seksyen 6.

dakwaan borang rentas negeri palsu, ini respon polis shah alam

Foto yang tular itu turut disertakan kapsyen “Thank you tolong kali kedua, xyah bratur pnjang2. Ad cable dahhh mudoh basoe sney kiro”, hinggakan ia menimbulkan kemarahan orang ramai.

 

Namun menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, pihaknya menafikan kewujudan borang tersebut dan mendapati terdapat pemalsuan pada tandatangan milik Penolong Ketua Polis Balai Seksyen 6, SM Mohd Fadzli bin Ali.

 

Pihaknya juga akan membuka satu kertas siasatan dibawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

dakwaan borang rentas negeri palsu, ini respon polis shah alam

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan turut memaklumkan terdapat pemalsuan tandatangan milik Ketua Polis Balai Polis Chukai, Inspektor Mohamad Ramizan Ramli pada satu foto yang tular di laman sosial, baru-baru ini.

dakwaan borang rentas negeri palsu, ini respon polis shah alam

Buat masa ini, orang ramai masih tidak dibenarkan untuk melakukan aktiviti rentas negeri, melainkan dengan alasan dan sebab yang munasabah berserta dengan borang dan kebenaran daripada balai polis daerah masing-masing.

 

Sumber: Astro Awani / Kosmo!

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN