Awas Borang Palsu Persetujuan Suntikan Vaksin COVID-19 Kini Tular

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan foto yang memaparkan borang persetujuan suntikan vaksin COVID-19, yang kini tular di laman sosial.

awas borang palsu persetujuan suntikan vaksin covid-19 kini tular
 
Menerusi tangkap layar borang persetujuan terbabit menunjukkan beberapa perenggan ayat yang boleh mendatangkan rasa panik kepada orang ramai dalam menerima suntikan vaksin COVID-19 tidak lama lagi.

awas borang palsu persetujuan suntikan vaksin covid-19 kini tular
 
Baru-baru ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan buku Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, dimana menurut beliau suntikan vaksin COVID-19 akan mula dilakukan mulai 26 Feb, di mana beliau sendiri akan menerima suntikan berkenaan bersama-sama petugas barisan hadapan yang lain.

buku panduan program imunisasi covid-19 jadi rujukan lengkap rakyat malaysia tentang vaksin

Baca: Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Jadi Rujukan Lengkap Rakyat Malaysia Tentang Vaksin

buku panduan program imunisasi covid-19 jadi rujukan lengkap rakyat malaysia tentang vaksin
 
Buku berkenaan turut memperincikan tentang bagaimana proses pendaftaran bagi menerima vaksin COVID-19 dilakukan, dan bukannya daripada borang palsu seperti yang tular di laman sosial itu. Orang ramai boleh memuat turun Buku Panduan Imunisasi ini menerusi laman web www.vaksincovid.gov.my .

 
Sumber: Astro Radio News