Boleh Rentas Negeri Bila Kadar Vaksinasi Capai 90 Peratus

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata aktiviti rentas negeri akan dibenarkan dengan syarat kadar vaksinasi dewasa mencapai 90 peratus.

boleh rentas negeri bila kadar vaksinasi capai 90 peratus

Selain kebenaran merentas negeri, pembukaan pusat-pusat pelancongan iaitu pulau-pulau atau kawasan pelancongan juga akan dibenarkan, berdasarkan data dan analisis yang telah dibuat Kementerian Kesihatan (KKM).

 

Perkara itu dimaklumkan beliau selepas bersetuju membenarkan pembukaan beberapa sektor bermula hari ini seperti kedai runcit, pasar mini, restoran, stesen minyak dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam.

 

“Operasi perniagaan spa, pusat kesihatan (wellness) dan urut kesihatan dibenarkan kepada pengunjung dan operator yang telah menerima dos lengkap vaksin bermula 1 Oktober 2021.

“Pusat, premis atau produk pelancongan seperti zoo, perladangan, akuarium, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing dan taman rimba dibenarkan beroperasi di semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 1 Oktober 2021 dengan semua pengusaha atau operator dan pelawat atau pengunjung lengkap divaksin,” katanya.

 

Malah, kehadiran pekerja bagi setiap perniagaan yang dibenarkan beroperasi adalah 100 peratus jika majikan dan pekerja sudah lengkap divaksin.

 

Bermula Jumaat, tiga buah neger akan beralih fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) iaitu Negeri Sembilan daripada Fasa 3 kepada Fasa 4, Pahang (Fasa 2 kepada Fasa 3) dan Johor (Fasa 1 kepada Fasa 2).

 

Setakat 22 September 2021, sebanyak 81% populasi dewasa sudah lengkap divaksin, yang mana melibatkan 18,964,474 individu di Malaysia.

boleh rentas negeri bila kadar vaksinasi capai 90 peratus

 

Sumber: [1]