Pandemik COVID-19 yang melanda di seluruh dunia telah menghalang umat Islam daripada menunaikan ibadah haji. Tahun ini, hanya 10,000 jemaah sahaja yang dibenar untuk menunaikan ibadah rukun Islam tersebut.
Pastinya kebenaran untuk menunaikan haji pada tahun hadapan menjadi persoalan kepada umat Islam terutamanya mereka yang sepatutnya menunaikan ibadat tersebut pada tahun hadapan.
Bagaimanapun, Tabung Haji menyatakan bahawa status tersebut akan dimaklumkan selepas berbincang dan bermesyuarat di antara menteri dari kedua-kedua negara itu yang dijangkakan akan dijalankan pada tahun hadapan.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyatakan mesyuarat tersebut akan membincangkan secara teliti segala hal ehwal berkaitan haji dan umrah.
“Jadi pada masa itu, (keputusan pelaksanaan haji) akan diperjelaskan tentang kedudukan dan syarat-syarat yang akan dijalankan. Insya-Allah bila ada penjelasan, kita akan rancang yang terbaik termasuk dari segi sama ada jemaah kita akan dibekalkan vaksin. Katanya lagi.
Jadi, bersabarlah ye. Banyakkan berdoa supaya Tanah Suci kembali dibuka dan boleh lah kita menunaikan haji dan umrah lagi.
Sumber: Astro Awani