Boboiboy, Upin Ipin Bukti Filem Animasi Tempatan Bukan Calang-Calang!

Siapa kata filem animasi kita tak power? Haa salah tu sebab filem kita setanding dengan filem antarabangsa tau!

Terbaru, filem Boboiboy Movie 2 catat kutipan RM25 juta selepas 3 minggu tayangan di pawagam.

boboiboy, upin ipin bukti filem animasi tempatan bukan calang-calang!

Sebelum ini, filem Upin Ipin : Keris Siamang Tunggal turut catat kutipan sama sewaktu tayangannya Mac lalu.

boboiboy, upin ipin bukti filem animasi tempatan bukan calang-calang!

Lebih membanggakan, kedua-dua filem ini berjaya tembusi pasaran antarabangsa antaranya Indonesia, Brunei dan Singapura tau!

Bangganya bila budaya Malaysia yang diketengahkan dalam filem-filem ini dapat dipromosikan ke peringkat global.

Ini semua hasil usaha pelbagai pihak terutamanya mereka yang terlibat di belakang tabir dari awal pembikinan hinggalah ianya ditayangkan kepada penonton. 

boboiboy, upin ipin bukti filem animasi tempatan bukan calang-calang!

Foto: krew produksi Boboiboy

Kalau korang nak tau, lebih 100 orang terlibat dalam menyiapkan filem Boboiboy Movie 2 dengan modal bernilai RM7 juta.

Bagi filem Upin Ipin : Keris Siamang Tunggal pula, kepakaran tempatan dan luar negara digunakan bagi menghasilkan filem yang menelan belanja sebanyak RM20 juta.

boboiboy, upin ipin bukti filem animasi tempatan bukan calang-calang!

Foto: krew Upin Ipin

Bukan senang tau nak hasilkan filem animasi yang perlukan teknologi tinggi sepanjang proses pembikinannya.

Tahniah juga buat rakyat Malaysia yang terus menyokong industri filem tempatan!

boboiboy, upin ipin bukti filem animasi tempatan bukan calang-calang!

boboiboy, upin ipin bukti filem animasi tempatan bukan calang-calang!

Haa tunggu apa lagi, Boboiboy Movie 2 masih ditayangkan di pawagam lagi tu, jom support ramai-ramai!

Oleh: Izzati Amir