Bob Yusof Terkilan Dituduh Netizen Sengaja ‘Pedajal’ Tomok Di Pentas GV9

Pada minggu suku akhir program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) lalu, Tomok telah menerima kritikan pedas daripada juri selepas gagal membuat persembahan yang baik menerusi lagu Awas nyanyian asal kumpulan KRU.

 

Lagu yang dipilih salah seorang peserta GV9 iaitu Bob Yusof ini dilihat kurang sesuai untuk dinyanyikan oleh Tomok, sehingga membuatkan ramai netizen mempersalahkan Bob sebagai punca.

tomok mohon maaf gagal beri persembahan terbaik di gv9

Bob bagaimanapun meluahkan rasa terkilan kerana dirinya dipersalahkan dan menjelaskan tidak mempunyai sebarang niat jahat untuk ‘menjatuhkan’ Tomok menerusi lagu berkenaan.

 

Jelasnya, lagu Awas ini dipilih kerana ia memang sudah ada dalam senarai lagu pilihan Tomok sendiri.

tomok mohon maaf gagal beri persembahan terbaik di gv9

“Saya pula diberi tugasan untuk memilih dan melihat kepada senarai lagu pilihannya, boleh dikatakan genrenya hampir sama. Saya tahu Tomok mahu membawa kelainan dalam setiap persembahan.

“Saya fikir, dia pernah bawa lagu Backstreet Boys dengan baik dan Awas juga lebih kurang sama. Jadi, saya pilih lagu itu kerana yakin Tomok boleh membawakannya dengan baik,” katanya.

 

Tambah Bob lagi, dia tidak ada niat buruk terhadap rakan baiknya itu, sebaliknya adalah lebih baik untuk sama-sama bangkit membuat persembahan yang baik.

 

Pada konsert itu, Tomok telah memperoleh markah 67.3 peratus, sekaligus berada di tempat ketiga terakhir diatas kumpulan VE dan Asheed.

Sumber: Utusan