Semenanjung Malaysia Pernah Dilanda 'Blackout' Terbesar Dalam Sejarah Negara Pada 1996

Semalam rakyat Malaysia dikejutkan dengan insiden ‘blackout’ yang telah menyebabkan beberapa buah negeri di negara ini terkesan.

semenanjung malaysia pernah dilanda 'blackout' terbesar dalam sejarah negara pada 1996

Tapi, korang tahu tak yang negara kita pernah dilanda insiden serupa kira-kira 26 tahun dulu?

Tarikh 3 Ogos 1996, Semenanjung Malaysia pernah mengalami gangguan bekalan elektrik selama 12 jam.

Insiden itu digelar ‘blackout’ terbesar dalam sejarah negara. Ia dikatakan berpunca daripada kerosakan pusat jana kuasa di Paka, Terengganu sekitar jam 5.17 petang sehingga mengakibatkan stesen janakuasa di seluruh Semenanjung Malaysia gagal membekalkan kuasa elektrik.

Turut tidak ketinggalan, aktiviti harian penduduk di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang terutamanya menjadi terbantut, selain sistem lalu lintas dan aktiviti komersial negara yang tergendala.

Difahamkan, pihak pengilang terpaksa menanggung kerugian yang dianggarkan RM123 juta diakibatkan pada hari itu saja, menurut Persatuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

Disebabkan insiden itu juga, TNB sendiri terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM13.6 juta dan RM10 juta tambahan untuk menampung kerosakan peralatan.


Sumber: Sinar Plus

ARTIKEL BERKAITAN