Tular, Kelibat Billie Eilish Dilihat Berkunjung Ke Plaza Sungei Wang

Siapa nak sangka, orang ramai bakal melihat kelibat pemenang Anugerah Grammy serta penyanyi popular dunia, Billie Eilish di pusat beli-belah tempatan, iaitu Sungei Wang Plaza.

tular, kelibat billie eilish dilihat berkunjung ke sungei wang

Sejak semalam, telah banyak video penyanyi lagu “Happier Than Ever” itu tular di media sosial.

Rata-ratanya, ramai yang memuji Billie kerana kebanyakan bintang antarabangsa biasanya akan mengunjungi pusat beli-belah yang lebih popular seperti Suria KLCC, Pavilion atau The Starhill.

“Daripada begitu banyak pusat beli-belah, Eilish memilih Sungai Wang Plaza,” kata salah seorang netizen.

Mereka juga memujinya kerana mematuhi prosedur operasi standard iaitu mengenakan topeng muka di dalam pusat beli-belah.

Menurut akaun TikTok rasmi Sungei Wang Plaza, ia berkata artis itu singgah di sana untuk bermain go-kart di Blastacars Malaysia.

Turut bersamanya adalah abangnya, Finneas serta rakan-rakan lain.

Eilish kini berada di Malaysia untuk jelajah dunianya, Happier Than Ever, The World Tour, di Stadium Nasional, Kuala Lumpur pada jam 8.30 malam Khamis, 18 Ogos.

 

Sumber: The Star