Bilangan Kes Harian COVID-19 Dijangka Meningkat – KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan bilangan kes harian COVID-19 dalam negara akan meningkat, sama seperti yang telah berlaku di banyak negara lain.

bilangan kes harian covid-19 dijangka meningkat – kkm

Ia susulan penularan virus berkenaan dalam komuniti terutamanya melibatkan beberapa varian yang membimbangkan seperti varian COVID-19 dari India dan UK.

 

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, Variant of Concern (VOC) ini mempunyai kadar penularan yang lebih cepat dengan kadar kematian yang lebih tinggi.

bilangan kes harian covid-19 dijangka meningkat – kkm

"Peningkatan kes-kes secara mendadak ini telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara.

"Kes harian COVID-19 melebihi empat digit dengan kes aktif ketika ini sudah melebihi 40,000 kes menyebabkan kebanyakan hospital kerajaan mahupun swasta, serta Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di seluruh negara telah hampir mencecah kapasiti maksimum.

"Keadaan lebih membimbangkan apabila semakin banyak kes positif yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan sokongan alat bantuan pernafasan sejak beberapa minggu kebelakangan ini," katanya.

 

Beliau turut memaklumkan jumlah kes kematian harian semakin meningkat dari hari ke hari, dengan kes tertinggi dicatatkan pada 18 Mei iaitu sebanyak 47 kes.

bilangan kes harian covid-19 dijangka meningkat – kkm

 

Sumber: KKM / Astro AWANI