Big Stage Kembali, 12 Bintang BBNU Bakal Berentap Merebut Gelaran Juara

big stage kembali, 12 bintang bbnu bakal berentap merebut gelaran juara

Siapa rindu nak tengok Budak-budak Baru Nak Up berentap di atas pentas Big Stage?

Kalau korang rindu jangan lupa saksikan konsert pertama Big Stage 2020 yang akan bermula pada 16 Ogos ini pada jam 9 malam di saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104).

Musim ini, ada 12 orang bintang iaitu 8 bintang lelaki dan 4 bintang perempuan yang akan bertanding untuk merebut gelaran juara. Antara bintang yang bertanding ialah Fadh Majid, Azzam Sham, Hafiz Zainal, Dinie Rashid, Usop, Qody, Yamani, Amir Hasan, Hanie Soraya, Farisha Iris, Nana Sheme dan Sandra Dianne.Perghhh! Semua nama-nama ni memang popular dan berbakat. Memang tahun ni akan sengit lah.

Pengacara Big Stage 2020 pula masih mengekalkan dua orang pengacara yang memang dah sinonim dengan rancangan ini iaitu Sherry Alhadad dan Alif Satar.

Untuk sistem penjurian pula tiga penyanyi terkenal tanah air iaitu Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Ajai akan menjadi juri tetap. Seorang juri jemputan professional pula akan diundang pada setiap untuk mengadili bintang-bintang yang bertanding.

Sedikit kelainan pada tahun ini adalah akan ada empat Presiden Netizen yang akan dibawa masuk secara bergilir-gilir. Fungsi Presiden Netizen ni adalah mengadili persembahan para bintang bersama-sama juri professional yang lain. Presiden Netizen ni terdiri daripada artis popular iaitu Neelofa, Caprice dan Michael Ang. Perghhh, memang meriah lah!

Btw, korang juga boleh jadi undi bintang kegemaran korang melalui aplikasi SYOK dan laman rasmi www.gempak.com/bigstage. So, make sure korang undi supaya bintang korang tu tak tersingkir ok.