Bertenang, Perincian Denda RM10K Langgar SOP PKP Akan Keluar Tak Lama Lagi

Sejak denda maksimum RM10,000 untuk individu yang langgar SOP PKP dikuatkuasakan minggu lepas, macam-macam cerita viral yang keluar.

Masih ramai yang keliru, “takkan la letak mask dekat dagu kena bayar RM10,000?” 
“tak scan MySejahtera pun kena denda RM10,000 ke? Biar betul!”

bertenang, perincian denda rm10k langgar sop pkp akan keluar tak lama lagi

Haaa macam-macam persoalan yang viral terutamanya di media sosial.

Ada yang setuju, ada yang membantah.

Untuk selesaikan kekeliruan yang berlaku, kerajaan akan memperincikan senarai kesalahan dan jumlah maksimum kompaun yang ditetapkan dalam masa terdekat.

bertenang, perincian denda rm10k langgar sop pkp akan keluar tak lama lagi 

Lepas ni harapnya takde lagi kekeliruan yang timbul.

Sebelum ni kerajaan dah tegaskan, kompaun maksimum ni bukan bersifat untuk menghukum rakyat tapi lebih kepada pengajaran supaya kita patuh dengan SOP PKP.

Denda tu juga katanya untuk mereka yang lakukan kesalahan berulang dan berat contohnya rentas negeri tanpa kebenaran polis.

bertenang, perincian denda rm10k langgar sop pkp akan keluar tak lama lagi

Individu yang dikenakan kompaun juga boleh pilih sama ada nak bayar atau buat rayuan di mahkamah.

Apa yang penting sekarang ni, sama-sama lah kita patuh dengan SOP PKP.

Kalau kita patuh, mesti tak kena kompaun, kan?

#kitajagakita


Oleh: Izzati Amir