Jenazah Selamat Dikebumikan, Berkali-Kali Toleh Belakang Masa Tinggalkan Tanah Perkuburan

Jenazah Allahyarham Siti Sarah Raissuddin telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak jam 1.37 tengah hari tadi.

jenazah selamat dikebumikan, berkali-kali toleh belakang masa tinggalkan tanah perkuburan

Van membawa jenazah tiba di tanah perkuburan itu jam 12.35 tengah hari dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz  (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Turut mengiringi jenazah adalah suami, Shuib dan juga adik bongsu Siti Sarah, Ahmad Yazeed, ke liang lahad dengan memakai peralatan perlindungan diri (PPE).

 

Menerusi rakaman video langsung oleh MStar, dapat dilihat Shuib berkali-kali menoleh ke belakang sewaktu meninggalkan tanah perkuburan tersebut selepas selesai proses pengebumian.

jenazah selamat dikebumikan, berkali-kali toleh belakang masa tinggalkan tanah perkuburan

jenazah selamat dikebumikan, berkali-kali toleh belakang masa tinggalkan tanah perkuburan

jenazah selamat dikebumikan, berkali-kali toleh belakang masa tinggalkan tanah perkuburan

jenazah selamat dikebumikan, berkali-kali toleh belakang masa tinggalkan tanah perkuburan

 

 

Siti Sarah telah disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM jam 5.13 pagi, hari ini. Sebelum itu, Allahyarham dimasukkan ke ICU hospital berkenaan selepas tahap oksigen menurun pada 4 Ogos lalu, kemudian ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan pada 6 Ogos lalu. Arwah juga selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan pada jam 5 petang.

 

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

 

Sumber: Instagram Remaja, Mstar, HMetro