Apabila sesebuah jenama sudah menjadi terkenal, mempunyai reputasi yang baik serta disukai ramai, pastinya akan ada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba meniru produk tersebut.
Begitulah yang dihadapi oleh sepasang selebriti terkenal yang kini merupakan usahawan berjaya dengan jenama Wawa Cosmetic iaitu Aeril Zafrel dan Wawa Zainal. Baru-baru ini, terbit satu berita apabila pasangan ini bersama pihak berkuasa telah menyerbu premis yang menjual produk tiruan menggunakan jenama mereka.
Bagi sesetengah orang mereka mungkin merasakan tindakan Aeril dan Wawa telah menyekat rezeki usahawan lain. Namun, cara yang dilakukan oleh mereka yang menggunakan nama produk dengan cara yang salah ini akan memberikan impak negetif kepada jenama, produk, pengasas dan pengguna itu sendiri.
Baru-baru ini, SYOK telah mewawancara Aeril Zafrel akan isu ini dalam SYOK Dedah. Apabila ditanya kesan terbesar akan produk kosmetik tiruan terhadap pengusaha, ini jawapan Aeril,
“Dia kesan besarnya dia pada nama tu sendiri. Sebab kita dah keluarkan bajet sangat besar untuk jenama ini dari segi media sosial, media elektronik dan tv dan radio. Tapi mereka ambil kesempatan atas ty untuk menjual produk mereka yang kita tak pernah keluarkan kan”- jelas Aeril menjawab persoalan tersebut.
Selain itu, tak ramai yang tahu bahawa untuk menghasilkan sebuah produk kosmetik yang berkualiti tinggi memerlukan masa dan pelaburan yang tinggi. Mereka harus melakukan kajian dan pembangunan (R&D) agar produk yang dihasilkan tidak akan menyebabkan pengguna mengalami masalah apabila digunakan.
Bagi Aeril tidak salah jika seseorang itu mahu menjadi usahawan. Sebelum mengakhiri wawancara tersebut, Aeril ada menitipkan pesanan buat para usahawan di luar sana.
“Mereka tak bersalah nak berniaga, boleh. Tetapi berdiri di atas jenama sendiri. Berdiri di atas usaha sendiri bukan menggunakan platform orang lain.” Kata Aeril mengakhiri perbualan tersebut.
Tonton video SYOK Dedak: Produk Kosmetik Tiruan sekarang!