Ben Amir Akui Masih ‘Solo’, Tertarik Dengan Wanita Pandai Masak dan Suka Bersenam

Pelakon, Ben Amir, 33, baru-baru ini telah berkongsi foto menggengam sijil kursus kahwin di Instagram, hingga menimbulkan persoalan ramai mengenai statusnya.

ben amir akui masih ‘solo’, tertarik dengan wanita pandai masak dan suka bersenam

Rata-rata warganet khasnya peminat mula berspekulasi yang pelakon itu sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang dan bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

 

Bagaimanapun, Ben Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin berkata, tujuan dia hadir ke kursus kahwin itu adalah untuk memudahkan urusannya pada masa akan datang.

ben amir akui masih ‘solo’, tertarik dengan wanita pandai masak dan suka bersenam

Ben turut mengakui masih ‘solo’ tanpa ada sebarang kehadiran wanita istimewa di hatinya, apatah lagi mahu beralih ke fasa seterusnya.

 

Ujarnya, kursus kahwin itu dihadirnya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekitar dua tahun lalu kerana mahu mengisi masa lapang.

 

"Betul, saya memang ada mengikuti kursus kahwin. Namun, bukan bermakna saya mahu berkahwin dalam masa terdekat.

"Saya menjalani kursus kahwin dalam talian semasa PKP. Saya ambil pun disebabkan tempoh PKP perlu duduk di rumah, jadi itulah perkara dilakukan untuk mengisi masa lapang.

"Kemudiannya, selepas dua tahun barulah pergi ambil sijil dan sengaja berkongsi kepada khalayak bahawa saya sudah ada sijil kursus kahwin, itu sahaja," kata Ben.

 

Tambah Ben lagi, beliau masih belum terfikir untuk mencari jodoh buat masa ini, selain tidak meletakkan sasaran untuk ke arah fasa perkahwinan memandangkan usianya baru mencecah 33 tahun.

ben amir akui masih ‘solo’, tertarik dengan wanita pandai masak dan suka bersenam

Ditanya ciri gadis idaman dirinya, Ben tidak menafikan tertarik dengan wanita pandai memasak dan gemar bersenam di gimnasium.

 

"Seperti yang pernah diperkatakan, saya suka wanita gemar bersenam di gimnasium dan pandai memasak. Semua orang ada ciri-ciri wanita idaman tersendiri, begitu juga saya.

"Saya sukakan wanita suka bersenam kerana ia akan mempengaruhi dari segi mentaliti. Selain itu, saya juga seorang yang sentiasa menjaga kecergasan, jadi akan ada persamaan antara kami.

"Bila bercakap soal kecergasan ia sebenarnya membabitkan mentaliti dan disiplin. Itu adalah perkara yang saya suka," katanya lagi.

 

Sumber: BH