Pelakon dan juga isteri kepada Aliff Aziz, iaitu Bella Astillah berkata dia tidak begitu memilih dengan watak yang dilakonkan.
Bagaimanapun, dia akan berbincang terlebih dahulu dengan suaminya sebelum menerima sesuatu tawaran daripada pihak produksi.
“Saya memang tak memilih dari segi tawaran watak diberikan kerana masih dalam proses belajar. Tapi, asalkan watak itu tidak keterlaluan, okey lah. Sebabnya, anak-anak saya pun menonton TV dan tak mahu mereka tengok yang bukan-bukan,” katanya.
Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, dia tidak berniat untuk cuba menunjuk baik. Sebaliknya, berbuat demikian demi menjaga namanya sebagai seorang isteri dan ibu.
“Saya tak cuba menunjuk diri baik. Cuma, saya kena fikirkan banyak pihak yang perlu dijaga terutama hati keluarga. Tapi, Aliff selalu ada membantu kerana dia juga sentiasa berada di set penggambaran menemani saya," ujarnya.
Sumber: HMetro