‘Kalau Dia Nak Berubah Ke Jalan Yang Baik, Alhamdulillah’ - Bella Astillah Doakan Yang Terbaik Buat Aliff Aziz

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah memberi respon terhadap video bekas suaminya, Aliff Aziz yang kini sedang mendalami agama bersama tabligh. 

“Saya tidak tahu dan tidak mahu komen banyak.”

Menurutnya, dia sering menerima soalan mengenai Aliff dan dia akui tidak mahu bercerita tentang seseorang yang kini sudah menjadi sejarah dalam hidupnya. 

“Saya tidak tahu mengenai hantaran yang tular di TikTok sebagaimana yang diperkatakan.

“Sebab itu adalah perjalanan hidupnya. Lagipun kita tidak tahu apa niat sebenar seseorang itu. Kalau betul berubah, alhamdulillah.

“Sekiranya dia mahu berubah ke arah yang lebih baik, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik saja,” katanya. 

Sebelum ini, viral sebuah video Aliff Aziz yang dilihat bersama-sama dengan kumpulan tabligh baru-baru ini.

Sumber: Kosmo