Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah akui kesal dan terkilan apa ada blogger tempatan yang mengambil jalan mudah menyunting foto dirinya hinggakan timbul fitnah.
Menurut isteri kepada Aliff Aziz ini, beliau pada mulanya enggan memberikan sebarang kenyataan namun selepas melihat kepada tindakan para blogger tempatan itu, beliau terpanggil memberikan kenyataan.
“Assalammualaikum, lama kami berdiam diri. Tetapi harini terpanggil untuk buat satu posting berkenaan headline2/artikel2 yang disebarkan di media social (Instagram, Facebook, Twitter dan Youtube) oleh kerana kami tidak ingin memberikan sebarang kenyataan, para blogger mengambil jalan mudah dengan menggunakan statement Bella pada tahun 2019 dan disunting seolah2 Bella ada memberi kenyataan yang baru.
“Inilah yang dikatakan fitnah. Kami berusaha berdiam diri tapi makin menjadi. Ramai menyarankan kami untuk ambil tindakan dan saman tapi kami ada banyak lagi perkara yang perlu diutamakan. Bila kami selalu post gambar bersama orang cakap jangan menunjuk sangat, tapi bila kami tidak post cakap kami bergaduh.
“Kerana dengan segala fitnah yang dilemparkan sedikit sebanyak menganggu kerja kami. Kami suami isteri sekarang sibuk mencari rezeki, membesarkan anak2 yang sudah mula bersekolah, dan sedang menjalani rawatan. Minta tolong jasa baik anda semua untuk hentikan penyebaran yang tidak berasas ini,” ujar Bella.
Beliau turut berkongsi tangkap layar daripada blogger tersebut yang telah diputarbelitkan daripada hantaran sebenar.
Tambah Bella lagi, beliau memohon jasa baik orang ramai khususnya netizen untuk henti berspekulasi.
Sumber: Instagram