‘Tak Akan Buat Sebarang Tuntutan, Dah Dapat Anak Pun Bersyukur’ - Bella Astillah

Pelakon Bella Astillah menjawab soalan mengenai keputusannya melepaskan tuntutan mutaah, idah, tunggakan nafkah isteri, hutang perkahwinan dan harta sepencarian selepas sah bercerai talak satu dengan Aliff Aziz semalam. 

“Syukur Ahamdulillah sebab itu saya tak buat sebarang tuntutan sebab bagi saya, harta yang paling bermakna ialah anak-anak.”

‘tak akan buat sebarang tuntutan, dah dapat anak pun bersyukur’ - bella astillah

Menurutnya, hak penjagaan ke atas kedua anaknya itu pun sudah cukup buat dirinya. 

“Sudah dapat anak-anak, itu sudah nombor satu yang paling syukur.

“Saya tidak mahu panjangkan lagi apa-apa selepas ini. Saya tidak mengharapkan apa-apa daripada Aliff.

“Sekarang ini adalah fasa untuk move on sahaja. Itu jauh lebih penting sebab saya ada banyak perkara lagi mahu dibuat. Saya mahu jaga anak-anak,” katanya.

Sumber: Kosmo