‘Kenapa Buka Aib Saya, Sedangkan Aib Dia Saya Simpan Sampai Mati’ - Bella Astillah

Penyanyi Bella Astillah mempersoalkan keputusan Aliff Aziz yang enggan menceraikannya atas alasan masih sayang. 

Menurut Bella, jika benar Aliff masih sayang dan cinta kepadanya dia sepatutnya tidak membuka aib percintaannya bersama pelakon, Muaz Zabir. 

“Macam tadi dia cakap dia masih sayangkan saya dan anak-anak.

“Kalau betul dia masih sayang, kenapa dia buka aib saya?”

“Sedangkan saya simpan aib itu sampai ke mati,” katanya. 

Apabila ditanya adakah Aliff tidak mahu malafazkan talak kerana mahu membalas dendam, Bella memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang komen berhubung itu. 

“Wallahualam saya tak ada apa-apa komen mengenai perkara itu sebab kita tak tahu hati orang lain macam mana kan?,” tambahnya lagi.

Sumber: Kosmo