“Bila Masa Saya Jual Cerita Sedih” - Bella Astillah Nafi Guna Anak Untuk Raih Simpati

Penyanyi Bella Astillah menolak dakwaan sengaja menggunakan kisah sedih hidupnya untuk meraih simpati orang ramai dan untuk mendapatkan tempat dalam industri seni. 

 

“Saya tidak tahu bila masa saya menjual cerita sedih, rasanya tidak ada. Cuma kadang-kala bila terlalu sibuk dengan kerja adalah saya luahkan rasa rindu kepada anak-anak, bukan cerita sedih.

 

“Setakat ini, alhamdulillah saya gembira bersama keluarga dan kehidupan saya juga semakin baik. Saya juga sibuk cari rezeki untuk anak-anak, fokus saya ketika ini adalah kerja,” katanya.

 

Menurutnya, semua perkongsian mengenai anak-anaknya adalah rakaman daripada pihak lain dan  berpendapat setiap individu layak membuat penilaian sendiri.

 

“Cuma ada ketikanya konten bersama anak-anak yang saya muat naik dalam laman sosial adalah rakaman daripada orang lain yang saya kongsikan semula.

 

“Saya tidak menyalahkan sesiapa yang nak komen negatif kerana terpulang kepada tanggapan masing-masing,” katanya lagi.

 

Sumber: Kosmo