‘Cukuplah Kak Long Je Yang Gagal’ - Bella Astillah Doakan Kekasih Adik Setia

Pelakon Bella Astillah mengucapkan ucapan hari jadi buat kekasih adiknya Didi Astillah iaitu Diniey Ng.

“Cukuplah Kak long (Bella) sahaja yang gagal dalam perkahwinan.” katanya. 

Menurut Bella, dia turut rasa bersyukur kerana adiknya dipertemukan dengan lelaki yang sabar melayan kerenah adiknya itu. 

“Selamat hari jadi Diniey. Kak long gembira Didi dapat lelaki yang sabar sebab Kak long kenal macam mana adik Kak long.

“Dia orang yang tiada kesabaran dan panas baran tetapi Diniey boleh sabar.

“Harap terus bersabar selepas kahwin dan jangan pernah berubah. Cukup Kak long sahaja gagal dalam perkahwinan, tidak mahu adik lalui benda sama,” titip Bella menerusi sebuah video.

Dalam pada itu, Bella juga berharap agar pasangan Didi itu akan setia dan sentiasa menghormati keluarganya. 

“Kak long tidak pernah minta Diniey menjadi orang paling kaya.

“Cukup setia. Sayang dan hormati keluarga Kak long.

“Kak long doakan Diniey berjaya dunia akhirat dan sentiasa dipangjangkan umur,” katanya. 

Sumber: Kosmo