Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendedahkan beliau sering mengalami mimpi aneh seperti ular besar dan kesihatan diri serta keluarganya juga sering terjejas.
Mahu orang ramai menjadikan ini sebagai iktibar, Bella berkongsi kisah mula berubat dengan ustazah selepas merasakan perubahan dirinya menjadi seorang pemarah selain turut mengalami masalah kesihatan.
“Bella tak suka nak gembur-gemburkan, sepatutnya Bella dan family dah duduk berbincang, biar antara kami saja. Tapi Bella kongsikan untuk kita semua ambil iktibar.
“Bella sendiri takut nak cakap benda ini sebab tak pernah alami. Kalau korang tengok Bella jarang post dekat IG sebenarnya Bella kurang sihat. Bella pun mula berubat, minta ustazah datang rumah.
“Rasanya baru lagi kita pergi Sabah, tapi last minute Bella tak dapat pergi ke pentas (buat persembahan), Bella dekat hotel sebab sakit, tiba-tiba rasa tak boleh perform, tak ada suara.
“Benda ini on, off… ada pergi klinik tapi tetap asyik tak sihat. Kita tahu diri kita… kita jadi lain, kuat marah-marah,” kata Bella.
Isteri kepada penyanyi, Aliff Aziz turut mendedahkan anak mereka turut terkena gangguan tersebut, selain dirinya turut bermimpi ular berturut-turut.
“Yang nombor dua, Ara… Ayden yang tak ada. Ara macam setiap hari, setiap malam antara 2 pagi sampai ke 4 pagi dia akan jerit dan menangis meracau yang tak berhenti. Masalahnya setiap hari… bila pergi doktor tak ada apa.
“Itu yang terfikir nak kena ikhtiar juga. Aliff pula rasa tak boleh nak kerja, rasa lemau dan sakit badan. Cuma, Bella pula mimpi ular dan ada mengadu dengan mama… mama kata kalau mimpi ular, orang belum kahwin maksudnya ada orang nak masuk minang tapi Bella dah berkahwin.
“Bella tak pernah terfikir sihir ke apa… sampailah rasa tak sihat dan minta ustazah bawa air zam zam dan barulah kita bercerita, dan itu tandanya tak baik. Bella minta berturutan sebanyak empat kali. Mimpi ular besar, ular terputus, terbelah dua, mimpi Ayden pegang ular tu,” ujarnya.
Bella turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih selepas ustazah dan ustaz melawat ke rumahnya, selain tidak akan memaafkan individu yang melakukan perkara terkutuk itu terhadap diri dan keluarganya.
Sumber: Gempak