Bella Astillah Dedah Rahsia Dirinya Cantik Luar Cantik Dalam, Nombor 5 Paling Penting

Penyanyi bertubuh genit, Bella Astillah adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air.

bella astillah dedah rahsia dirinya cantik luar cantik dalam, nombor 5 paling penting

Pemilik nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah, 29, ini cukup dikenali bukan sahaja dengan bakat nyanyiannya yang memukau, malah dengan kecantikkan wajah serta tubuh yang persis gadis belasan tahun.

 

Memetik laporan daripada media tempatan, Bella Astillah telah membuka ‘rahsia’ kecantikkan yang diamalkannya, selain mewarisi kecantikkan semulajadi secara genetik keluarga.

 

“Pertama sekali, kita kena stress free atau kurangkan tekanan dalam diri. Kena jaga diri kita, sebab nak ‘pakai’ badan kita ni lama. Jadi jangan stress-stress.

“Kedua, jaga pemakanan. Pilih makanan-makanan yang menyihatkan. Kalau nak cheat day pun sekali sekala saja.

bella astillah dedah rahsia dirinya cantik luar cantik dalam, nombor 5 paling penting

“Ketika, rancang masa berkualiti bersama keluarga. Buat aktiviti riadah bersama-sama.

“Keempat, minum air kosong secukupnya. Kurangkan air bergula atau bersoda,” demikian menurut Bella.

bella astillah dedah rahsia dirinya cantik luar cantik dalam, nombor 5 paling penting

Namun apa yang penting bagi isteri kepada penyanyi Aliff Aziz ini adalah kekal tenang dan elak daripada perkara dan mereka yang boleh menjejaskan kesihatan mental.

 

“Kelima, kita berhak merehatkan diri daripada apa-apa yang membuatkan kita sakit. Kita berhak menghindari diri daripada orang-orang yang membuat mental down. Itu adalah kebahagiaan dan ketenangan kita,” kata Bella lagi.

 

Untuk info, Bella dan Aliff berkahwin pada 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 5, dan Ara Adreanna, 3.

bella astillah dedah rahsia dirinya cantik luar cantik dalam, nombor 5 paling penting

Sumber: Media Hiburan

Foto: Instagram