Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan hujan lebat akan berlaku di beberapa buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah mulai esok hingga lah Sabtu ini.
Antara kawasan yang dijangka menerima hujan lebat adalah seperti berikut:
Terengganu- Marang, Dungun dan Kemaman
Pahang- Kuantan, Pekan dan Rompin
Johor- Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tiggi
Bukan itu sahaja, hujan lebat juga dijangka berlaku selama dua hari di beberapa tempat di Terengganu dan juga seluruh negeri Kelantan mulai Jumaat ini.
Selain itu, beberapa tempat di Sabah juga dijangka menerima hujan lebat iaitu di Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, eningau, Tambunan, Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat.
Orang ramai dinasihatkan untuk terus menjaga keselamatan dan bersiap sedia sekiranya air naik sehingga paras bahaya.
Sumber: Sinar Harian