Beberapa Daerah Di Selangor Sudah Mula Berjerebu

Pagi ini, beberapa daerah di Selangor telah mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat.

beberapa daerah di selangor sudah mula berjerebu
 
Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), tiga kawasan di Selangor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat dengan stesen Johan Setia Klang paling tinggi iaitu 185 diikuti Banting (165) dan Petaling Jaya (144) pada pukul 9.00 pagi ini.

beberapa daerah di selangor sudah mula berjerebu
 
Malah, beberapa kawasan di sekitar Shah Alam juga kelihatan agak berjerebu dengan bacaan IPU 96, setakat pukul 8.00 pagi. Tidak terkecuali, Rompin di Pahang juga mencatatkan bacaan udara tidak sihat (137) pagi ini.

beberapa daerah di selangor sudah mula berjerebu
 
Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas (berbahaya).


 
Sumber: Astro Awani / BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN