‘Ramai Kata Nampak Baby Bump’ - BCL Akui Tidak Mahu Tambah Anak Atas Faktor Usia

Penyanyi Bunga Citra Lestari akui tidak mahu menambah anak atas faktor usia. 

Menurutnya yang kini berusia 41 tahun, dia berpendapat pada usianya kini agak kurang sesuai untuk menimang cahaya mata. 

“Ramai kata saya nampak ‘baby bump tapi tidak pun, sebenarnya itu memang bentuk badan saya. Sehingga ke hari ini saya ingin beritahu, saya tidak berniat untuk memiliki anak lagi.

“Noah (anak sulung) pun sudah meningkat remaja dan saya sudah berusia 41 tahun. Jadi dengan usia begitu saya rasa sedikit berisiko sekiranya hamil lagi.

“Saya ingin mengurangkan segala risiko supaya saya boleh hidup lebih lama dengan Noah,” katanya. 

Dalam pada itu, Bunga tidak menolak rezeki sekiranya dia hamil tanpa percancangan. 

Apa yang penting kini, dia gembira menjalani hidup bersama anak tunggalnya serta suami tercinta, Tiko Aryawardhana.

Sumber: Kosmo