Bunga Citra Lestari Luah Syukur Laksana Ibadah Umrah Untuk Bekas Suami

Penyanyi dan pelakon, Bunga Citra Lestari, 40, meluahkan rasa syukur kerana impiannya untuk melaksanakan ibadah umrah untuk bekas suami akhirnya terlaksana.

bunga citra lestari luah syukur laksana ibadah umrah untuk bekas suami

Beliau yang ditemani suami, Tiko Wardhana dan anak, Noah Aidan Sinclair menzahirkan rasa itu apabila selamat melakukan ibadah umrah buat Allahyarham Ashraf Sinclair.

 

“Alhamdulillah, malam ini menjalankan ibadah umrah untuk Ashraf. Insya-Allah diterima oleh Allah S.W.T,” tulisnya.

bunga citra lestari luah syukur laksana ibadah umrah untuk bekas suami

Terdahulu, penyanyi yang popular dengan panggilan nama BCL pernah mendirikan rumah tangga bersama Ashraf Sinclair pada November 2008, dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Noah.

 

Namun pada Februari 2020, Ashraf meninggal dunia akibat serangan jantung, sebelum BCL sekali lagi bergelar isteri apabila mengahwini Tiko dalam majlis yang diadakan di Bali, Indonesia, pada Disember tahun lalu.

 

Sumber: Instagram