BCL Akui Dah Lama Terfikir Mahu Padam Nama Sinclair Pada Namanya

Penyanyi, Bunga Citra Lestari (BCL) berkata, beliau sebenarnya sudah lama memikirkan untuk memadam nama Sinclair pada nama di akaun Instagramnya.

bcl akui dah lama terfikir mahu padam nama sinclair pada namanya

Malah perkara itu sudah difikirkan olehnya sebelum daripada mendirikan rumahtangga dengan suami, Tiko Aryawardhana.

 

Bagaimanapun menurut BCL, dia bukan mahu terus melupakan suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair, namun perkara itu lebih kepada dirinya yang tidak lagi didampingi lelaki yang selama ini sentiasa disisinya.

 

“Sebenarnya sejak Ashraf meninggal dunia saya rasa saya tidak boleh gunakan nama itu lagi, cuma tak dilakukan (padam) ketika itu kerana masih berkabung,” katanya.

bcl akui dah lama terfikir mahu padam nama sinclair pada namanya

Menurut BCL lagi, keputusan cukup berat itu dibuat selepas beliau berbincang dengan keluarga arwah bagi mendapatkan juga pandangan mereka.

 

Selepas pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair pada 2020, BCL akhirnya tekad untuk menukar nama akaun Instagramnya daripada @bclsinclair kepada @itsmebcl, menjelang hari pernikahannya pada 1 Disember tahun lalu.

 

Tindakan memadam nama Sinclair itu nyata telah mengundang kecaman netizen yang rata-rata menganggap beliau seperti sudah melupakan arwah suaminya selepas menemui cinta baharu.

 

Sumber: Kosmo!