Bazar Ramadan dan Aidifitri Dibenarkan, SOP Jangan Dilupakan!

Suasana atau feel bulan Ramadan dan Aidilfitri kembali tahun ni! 

Alhamdulillah, mesti ramai yang gembira sebab kita dapat pergi bazar Ramadan dan Aidilfitri yeayy!

Foto : bazar Ramadan
bazar ramadan dan aidifitri dibenarkan, sop jangan dilupakan!


Tahun lepas suasana yang dah jadi kelaziman khususnya buat umat Islam dan rakyat Malaysia amnya hilang dek kerana virus Covid-19.

Mana taknya, bazar Ramadan pun online jee, kurang sikit la feel nak beli ayam percik, murtabak dan kuih muih untuk berbuka puasa sebab dapat tengok kat skrin telefon jee :(

Tapi ingat! Bila dah diberikan kelonggaran dan peluang ni jangan sesekali kita sia-siakan!

Macam nasihat Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr Mohamad Hazizi Mohamad Hasani, SOP mesti dipatuhi!

Penjual dan pengunjung perlu pakai pelitup muka sepanjang masa dan yang paling penting jaga jarak, jangan bersesak-sesak!

Foto : bersesak
bazar ramadan dan aidifitri dibenarkan, sop jangan dilupakan!


Yang mana rasa tak sihat, selsema atau batuk tu tak payah la pergi bazar, duduk rumah je dan mintak tolong orang lain yang belikan, okay!

Jangan jadi selfish! Jaga diri dan jaga orang lain jugak sebab kita belum menang lagi lawan Covid-19.

Foto : bazar Aidilfitri
bazar ramadan dan aidifitri dibenarkan, sop jangan dilupakan!


Tolong la jangan cetuskan kluster bazar Ramadan atau Aidilfitri, kita semua nak raya kat kampung kan tahun ni?

Kalau semua patuh SOP, kes positif pun turun, InshaAllah kita semua boleh raya kat kampung :) Amin!



Oleh: Izzati Amir
ARTIKEL BERKAITAN